Rabu, 20 Mei 2009

Perak mungkin bermenterikan DAP

Sekali lg aku cuba memasuki arena politik...tidak tertahan dalam hati ini utk terus berbicara tentang politik..mungkin areana sekarang cukup2 memanggil utk menulis dalam isu2 begini..

Apa yg aku bimbangkan sekarang mungkin Perak akan bermenteri Besarkan org DAP..kemungkinan tu mungkin ada..so apa pandangan korang semua...dengan itu aku rasa kurang bersetuju la kiranya DUN Perak dibubarkan...buat cara lain demi untuk menyelamatkan tanah air tercinta..

Kenapa aku berpendapat begitu...sekira nya tidak betul cuba perbetulkan pandangan aku.
Sekiranya DUN PERAK dibubarkan...ada kemungkinan PR akan menang juga..dan kerusi tetap dikuasai oleh DAP...so..aku rasa DAP dah baca semua ini...Jadi DAP akan meletak org melayu bertanding dibeberapa kerusi DAP...korang kena ingat org melayu pun ada juga dalam DAP...cuma kurang menyengat saja..tapi kali ini aku rasa DAP akan mempertaruhkan calon DAP MELAYU utk bertanding dlm pilihanraya..sekiranya DAP juga menguasai..dan calon MELAYU DAP itu pula menang..APA KAN JADI...bermakna CALON melayu DAP itu la bakal MENTERI BESAR PERAK..Aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sanggup kah korang semua...

aku rasa kali ini lagi kecoh la negeri perak.macam2 akan terjadi nanti...so tolong PYAN..aku rasa PYAN boleh bagi pandangan dlm blog aku ni...

23 ulasan:

  1. Ai... Baru kau tau yek....aku dah lama dah tau....eh...kau pun nak minta tolong dari pyan...hahahahhaa....bagus bangat pyan itu...

    BalasPadam
  2. Minta tolong kepada Allah bukan pada Pyan. Doakan Nizar kekal jadi MB esok. InsyaAllah Perak kembali aman. Zambri dan Najib yg menghuru harakan Perak ni.. Juga doakan Pimpinan DAP masuk Islam semuanya. Sayidina Omar Al Khattab sebelum Islam lebih teruk dari Lim Kit Siang jadi pimpinan hebat selepas memeluk Islam. Peranan kita doaaaaaa. Sedhaif-dhaif IMAN.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah kalau Nizar menang esok, DUN takkan dibubarkan... Nizar bukannya bodoh macam UMNO yang takut hilang kuasa. Belum apa-apa dah mengandaikan DAP jadi MB. Ini semua mainan UMNO nak takut-takutkan orang Melayu yg taksub dengan bangsa. Aku sokong PYAN minta tolong dengan Allah semoga Perak aman damai dibawah pimpinan DS Nizar. Sebenaranya isu inilah yang dimainkan UMNO dalam Pilihanraya Bukit Gantang tempohari yg menyebabkan undi melayu kurang untuk Nizar.. Okey marilah bersama kita solat hajat dan berdoa agara DS NIZAR kekal sebagai MB esok. AMIN..

    BalasPadam
  4. Dalam perjanjian Hudsibiyah dulu pun banyak menguntungkan pihak kafir quraisy pada peringkat awalnya tetapi akhirnya barulah nampak keuntungan pada perjuangan Islam. Mungkin itu jugalah yang berlaku di Perak. 11 bulan pentadbiran DS Nizar memanaglah nampak banyak menguntungkan DAP. Berilah peluang sehingga PRU ke 13 nanti, kalau betul-betul terbukti merugikan Islam dan bangsa kita sama-sama tumbangkan PR pula.

    BalasPadam
  5. Baguslah kalau DAP letak calon melayu di kawasannya. daripada BN letak calun MCA dan MIC di kawasan melayu.

    BalasPadam
  6. Apa salahnya kalau orang DAP jadi MB kalau dia orang Melayu Islam? Mungkin lebih baik dari melayu UMNO, melayu Keadilan, melayu PAS.

    BalasPadam
  7. Hahaha... Pyan palsu yg berkata itu...pandai menyamar yer....bodoh org PR ini...tak nak komen... bodoh sgt,,,..

    BalasPadam
  8. Kes rayuan Nizar mengenepikan keputusan Mahkamah Rayaun yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

    Beberapa perkara telah disentuh oleh peguam Datuk Cecil Abraham dalam hujahnya iaitu:

    1. Stephen Kalung Ningkan, tidak terpakai dalam pertikaian Nizar vs Zambry kerana kes tersebut mempunyai surat yang tertera tanda top secret berbanding dengan surat majoriti 31 Adun BN dan Bebas.

    2. Kes tersebut tidak pernah memberi peluang kepada beliau untuk menjawab – hilang majoriti atau tidak, sebenarnya dalam kes Zambry vs Nizar, Tuanku Sultan sudah menyampaikan kepada Nizar melalui surat hilang kepercayaan oleh 31 Adun BN dan Bebas. Justeru Nizar telah diberi peluang untuk sangkal.

    3. Tindakan Tuanku Sultan mengeluarkan statement bukanlah suatu tindakan yang overt tetapi suatu penjelasan Sultan terhadap allegation kemelut politik yang dibawa Nizar. Tindakan Tuanku Sultan adalah berbeza dengan tindakan TYT Gabenor Sarawak sewaktu menulis surat kepada Stephen Kalung Ningkan bahawa beliau kehilangan kepercayaannya.

    4. Apabila Nizar mengadap Tuanku Sultan Perak untuk pembubaran tetapi pembubaran tidak dibenarkan dan beliau dinasihati untuk meletak jawatan dan enggan, maka menurut Datuk Cecil Abraham, Nizar telah dengan sendirinya telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dinyatakan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

    5. Sesi disambung semula 12.15 tengah hari dengan hujah Peguam Negara selaku pencelah.


    DARI ULASAN DI ATAS DAH TAU ZAMRI AKAN MENANG...YAHOOOOOOOOOO...

    PEGUAM nizar PUN SATU... NIZAR KELAM KABUT JUMPA SULTAN KONON SURUH BUBARKAN DUN...SEPATUTNYA BUAT SIDANG DUN DULU...TETAPI MANA MUNGKIN KAN... SIVA TAK AKAN BUAT SEBAB DAH TAHU TIADA MAJORITI.... SEBAB ITU TERUS JUMPA SULTAN AJE... ITU DINAMAKAN BODOH SOMBONG....

    BalasPadam
  9. Lili tu minta tolong pyan suruh komen kat sini... yg kamu suruh Allah apasal..hah pyan Palsu!!!... tak kan tuhan nak bagi komen kt sini...knp bodoh dan bangang sgt org PR ni... haiyooo.....susah mau ckp la....

    BalasPadam
  10. Tak payah layan pencacai2 PR ler... "PYAN", "Orang Tekuk Intan", "Orang Kampar" tuh berkemungkinan individu yang sama. Tengok cara penyampaiannya seakan2 sama bukan?. Dieorang saje2 melakukan provokasi murahan langgar semua blog Pro Kerajaan. Jangan risau, sokongan Melayu Islam pada PR makin menurun. Tuh yang PAS tgh pikir nak segerakan ape mende tuh... Kelab Penyokong PAS yg terdiri dari Non-Muslims tuh... Hehe. Lepas ni... Makin hari PAS, Pas terpaksa jilat balik air ludah mereka...

    p/s: Malas lah nak cakap pasal krisis kat Perak... Nilai sendirilah, Baca Harakah yg terbaru ni buat sakit hati je, semuanya pusing baik punya... :)

    BalasPadam
  11. Aku dari dulu mmg tgk harakah rtu mcm majalah Mangga jer.... isi kandungan majalah mangga itu semuanya provokasi...dan dari sumber mana tah... saja untuk tarik org baca saja...sumber bukannya sahih sgt gosip2 tu...cumanya org yg digosip tu artis yg cun melecun...selera sikitlah...

    Harakah pun sama...sumber2 dari yg reka sendiri..atau yg putar belit..

    Diorang kata suratkhabar Berita Harian dan utusan yg putar belit....tetapi kebykan wartawan ambik dari majlis yg formal...kekadang tu siap rakam lagi...mmg lah pyan malas la nak citer kan...pencacai nak mampus...sekarang ni tahap benci paling tinggi...dulu blh control lagi...

    BalasPadam
  12. Kemain lagi pyan diatas ni ye.. Dia ingat dalam dunia ni dia seorang aje yang bernama pyan. Saya pun pyan juga tapi PYAN KEMIYAN... Apa pun daripada Zambri baik lagi Nizar. Zambri hanya dapat sokongan melayu aje sedangkan Nizar dapat sokongan dari semua bangsa di Malaysia. SATU MALAYSIA. Slogan baru PM kita.

    BalasPadam
  13. daripada pyan kemiyan baiklah pyan kemain sebab tulisan dia warna merah...boleh link2 lagi...kemiyan main nyorok2...tak besh la...

    Nizar dapat sokongan semua bangsa???....zamri Pun....so what the issue..siapa yg kata melayu saja...Nizar tu kalau tak gabung dgn DAP... tak ada mananya bangsa lain nak sokong....ingatlah wahai kemiyan...

    BalasPadam
  14. Zambri tu pun kalau tak ada gabung dengan MCA MIC GERAKAN dll,... tak da mananya bangsa lain nak sokong. Mungkin geng mamak ajelah yang menyokongnya. Apa pun tahniah diucapkan kepada YAB DATO SRI DR ZAMBRI yg telah diisytiharkan MB sah di Perak sehingga PRU ke 13. Selamat menjalankan tugas. Nizar and the gang boleh buat rayuan lagi di Mahkamah Persekutuan..

    BalasPadam
  15. MCA, MIC, UMNO dan Gerakan atas satu lambang BN... tetapi PAS, DAP, keadilan mana ada ... syok2 sendiri je gabung.. itu yg masing2 kepala angin jer semua... mmg kalau nak digabung secara sah... nampak mcm susah jer...itu baru nak gabung satu lambang...bab2 lain lagi la kelang kelibut....

    mmg tak boleh ...percayala kata aku.....bukalah minda bersihkan hati..dlm keadaan macam ini pun masih tak sedar lagi...

    BalasPadam
  16. Harap Zambri tak minta Sultan bubarkan DUN. BN Takut kalah. Pengecut. Penanti pun tak nak letak calon... PKR... lawan... tetap ...lawan..

    BalasPadam
  17. Alahai cucu tok adam.... kau ni duduk di bwh tempurung kat mana plk...statement lapuk tu... pengecut amenda... dah mmg fairus pnya adun...org pkr...letak jawatan nak sambung study konon... dulu septutnya tak yah tanding... bukan blh main-main kerja wakil rakyat ni... tu la mengong la katakan.... BN tak tamak pun kwsn tu...dah mmg kwsn korang bior nya la...buang masa je bertanding...lagi pun kat penang tu tidak memberi apa2 erti kat BN buat masa ini...analisa begini yg BN ambik kira...BN tidak hentam kromo seperti PKR...bukan untuk membangunkan negeri tetapi utk menghancurkan saja... tiada istilah PKR tetap lawan di Penanti tetapi ambil alih saja... bukannya meninggal pun...seperti dikelantan..BN akan letak calon berdasarkan prinsip perlembagaan. Walaupun dun itu juga kwsn PAS tetapi BN rela bertanding...kalau menang untungla..klau kalah tidak menjadi hal kerana mmg seblum ni pun PAS yg sandang... so tak apa yg dirunsingkan...PKR mungkin la runsing kerana utk mempertahankan kerusi lebih mencabar...

    Zamri mmg tidak akan minta bubar Dun kerana tiada tujuan... Tujuan bubar dun utk apa... setahu saya bubar dun adalah untuk mengadakan pilihanraya... tujuan pilihanraya pula adalah untuk mencari parti mana yg majoriti untuk memerintah...tetapi kini telah diketahui parti mana yg lebih majoriti...so tiada sebab untuk bubar DUn..

    Nizar pun kalau dulu.. ketika majoritinya pada dia... tak hengin pun dia nak bubar DUN ... bila dah tau tiada majoriti barulah terhegeh2 nak jumpa sultan... byk bodoh itu punya org...sultan byk pandai la... ingat sultan nak dgr ke cakap NiZAR al NGEH nga KoR itu....ingat sultan tidak tau ke perkembangan diorang ketika memerintah....sultan pun nak tunggu masa je ...sebab merana perak atas pimpinan AL DAPAS itu....

    Zamri pun sebnrnya dulu ketika PKR mng dulu... Anwar kononnya nak bagi org keadilan jadi MB bukan Nizar... tetapi masa itu org keadilan tiada yg kredibility...mulanya nak suruh Jamal yg dari Behrang itu... tetapi Jamal tak mau...anwar janji nak bantu konon... nasib baik tak jadi... ANWAR sebnrnya dah pujuk zamri lompat parti dan menjanjikan jawatan MB pada Zamri...nasib baik zamri tak mau... Zamri tu dulu org kuat anwar masa 1998 dulu... tapi sekarang tidak lagi ...dia pilih jalan yg betul...dan kini akhirnya dapat juga jawatan MB... itulah jika niat baik maka semuanya akan berpihak padanya...

    BalasPadam
  18. TAHNIAH ATAS BIDASAN KALIAN!

    PYAN KEMIYAN... Mungkin fevret makanan ko adalah kemayan. KAHKAH. Melawak je k. Mana lah tau, sebab saudara sendiri keluarkan kenyataan: "Minta tolong kepada Allah bukan pada >>>Pyan<<<...". Kalau benarlah nama samaran saudara adalah PYAN, bleh tak buktikan... Sekadar nak mengesahkan je.

    Memang baik Nizar dari Zambry... Nizar boneka Kapir, kan bgs tuh. bleh gadai satu persatu maruah agama dan bangsa.

    Weh Tanpa Nama (2009 Mei 22 04:53)... Ko x akal ka...? Mamak mamak zambry pon dia ISLAM... LAH... Nampak sgt asobiyah ko tuh. Nizar n da geng (Nga dan Ngeh) tak habis2 buang masa untuk mengucar ngacirkan Negeri Perak. Mana Sultan tak murka...

    Cucu Tok Adam, BN tak pernah takut pon...WALAU PR menang sekali pun, kalau Allah tak izin kan hang nak buat macam mana? Nak lawan gak ye... Hebat tul hang!

    BalasPadam
  19. KAN Pyan kan...dia suka makan kemiyan..tu yg berasap jer...(seronok juga yek.. main perang2 dingin kat sini...hehehe...)

    YG paling membuatkan ajym kelakar semlm adalah bila DAP nak buat mogok lapar 3 hari...(tu la ...ajym cadangkan buatlah sebulan ke...biar mampos terus dari alam fana ini..)ye la hidup menyusahkan nak buat apa kan...

    Mufti Perak, perlis dan johor pun dah kata jika org islam mengikutnya adalah haram kerana meniru budaya agama lain....tapi yg nizar yg nak rasmikan... macamana tu... Nizar dah tak reti hukum hakam ker....tetapi bila org dah tegur...nasib baik tersedar sikit (sikit jer..)..kemudian di tukar belit kan kepada puasa sunat 3 hari setiap awal bulan sehingga DUn dibubarkan... mmg dah dasar hati keras batu kerikir...Nizar ingat tuhan nak terima ke pahala jika niat itu adalah kerana benda lain....sudahlah jgnlah ikutkan sgt hati batu itu... islam is islam...

    Kpd DAP ajym menyeru supaya buatlah mogok lapar itu sehingga pilihanraya Ke 13...nanti...kalau masih hidupla...

    BalasPadam
  20. Jaga ko org semua, aku tengah berasap ni, tak kira pyan kemain ke pyan kemiyan ke sama aje, bagi aku aje merentah kat Perak tu tak usah gaduh gaduh lagi... Tuan blog jangan bimbang... DAP tak akan merentah kat Perak tu... kecuali DAP masuk BN. BN tu siapa join dgn dia semuanya betul walaupun KAPIR. Yg tak join dgn dia semuanya tak betul walaupun MUSLIM. Dlm BN skrg pun semua parti yg join semuanya KAPIR kecuali UMNO. Sebaliknya dalam PR skrg DAP aje yg KAPIR, PKR dan PAS diterajui oleh orang Islam....

    BalasPadam
  21. Keminyan berasap. Ko buta hati ni... UMNO (ISLAM) menunggani Barisan Nasional yg dalamnya ada MIC, MCA, Gerakkan, Dll.

    Pakatan Pembangkang siapa menunggang dan ditunggani? Sebenarnnya, yg banyak jadi pembangkang adalah orang kapir. Memang hanya orang kapir yg layak membangkang, bukannya orang Islam diNegara Islam Malaysia ni.

    Tengok kat bukit gantang, macam mana Nizar bleh menang kalau tak sokongan Non-Muslim? Orang Melayu nampak jelas patah balik sokong BN wokkeh.

    Di Peringkat Nasional pon, dulu2 sape ketua pembangkang? DAP kan... lama gak. Skang orang Melayu Islam sendiri jadi pembangkang. Malu weh. Melayu gaduh sama Melayu siapa untung? Melayu ka?... Kapir gak yg untung...!

    BalasPadam
  22. Ada ke dia kata BN tu siapa join dgn dia semuanya betul walaupun KAPIR. Yg tak join dgn dia semuanya tak betul walaupun MUSLIM.

    Eh...eh... setahu aku BN yg ajak PAS joint BN...tetapi dgn bongkaknya dia kata rela joint dgn DAP dari BN... jelas kan siapa yg betul dan tak betul...

    DAP tidak memerintah PERAK ???...nak termuntah aku... sekarang ini pun bukan dia yg perintah mcm apa ke perangainya...kalau dia dapat tak tau la aku...tunggang langgang jadinya.... dia punya angkaralah yg tercetusnya sidang bawah pokok, berarak dgn lilin, baring atas jalan raya....yg terbaru mogok lapar...nizar pulak tu yg rasmikannya...

    Yg si Husam pulak kata...mogok lapar adalah sama dgn puasa... kepala hotak dier... islam mana yg dia belajar... tak tau la aku ..mungkin dia belajar dari ustaz ngeh dan uztaz nga kor la kot....padahkan ..pemimpin pas pun jadi gitu apalagi lembu2 jalanannya....

    Puasa itu ...dari subuh ke maghrib dgn niat kerana Allah...kalau meninggal...bersih org itu dan masuk syurga...

    Mogok lapar 3 hari itu adalah menahan lapan selama 3 hari kerana DAP. kalau mampus masuk neraka... kerana protes atas pemerintah yg telah melalui proses perundangan dgn hujah2 yg jelas...yg tidak berpuas hati seharusnya terima qada dan gadar... mungkin ada hikmah disebaliknya. Jika tidak terima qada dan qadar maka dia tidak mengikut rukun iman....berdosa lah kan...

    BalasPadam