Khamis, 7 Mei 2009

PENING KEPALA>.

Assalamualaikum....
aduyaiiiii...lamanya aku tak update...
Yang pertama...busy sesangat..byk kerja la plak...
Yang Ke 2...Boring nak update sbb x ada gambar..Kamera aku rosak...dalam proses nak beli lain...nak guna camera kat HP..gambar tak terang...
Yang ke 3...byk sgt citer politik perak..tak tahu nak citer yg mana...

Tak apa la...lantak la apa nak jadi...usha mcmmana pun perak ni..pihak yg sana tetap akan menang,...buat la apa2 pun..DEPA menang gak...masuk la mahkamah ..lawan la...depa menang jugak...

Kalau kita ikut undang2 pun..jadi salah juga...depa yg lawan undang2..jadi betul...so.PERAK ni dah jadi NEGERI TONGGANG LANGGANG...

YANG SALAH JADI BETUL YANG BETUL JADI SALAH...ERMMM..entah aku pun tak pasti..so marilah kita bincang dan bagi la pendapat or pandangan..aku sebagai rakyat perak dan pening campor meghoyan dengan keadaan negeri kelahiran ku...

Sedih dengan apa yg terjadi kat perak semalam...tak sangka mcm ni jadinya..siapa yg sebenarnya ikut PERLEMBAGAAN NEGERI..siapa yg mencipta perlembagaan tersebut...

Siapa plak ikut undang2 rimba..
so marila sama2 kita berbincang dan bagi pandangan dlm blog aku ni....


SILA KAN.....

7 ulasan:

  1. Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN).


    Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang. Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan.

    Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung. Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.


    Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat. Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

    Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang. Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu. Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan. Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi. Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat. Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang. Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar. Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun. Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu. Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun. Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian

    BalasPadam
  2. Jam 10 pagi, suasana di dalam dewan kecoh dan kelam kabut apabila Speaker tekad dengan keputusan pengantungan Datuk Seri Zambry Kadir dan 6 exco dan 3 ADUN Bebas dan memerintahkan kesemua mereka keluar dari dewan.

    Nampaknya Speaker Siva ini sudah mabuk dan tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memutuskan pengantungan mereka adalah tidak sah dan terbatal.

    Datuk Seri Zamry Kadir selaku Menteri Besar, mengusulkan agar Speaker Siva dipecat dan usul ini disokong oleh Exco Kanan YB Hamidah Osman. Tetapi Siva menolak usul berkenaan. Keadaan kembali tegang apabila Adun Jelapang, Yit Foong mencelah dan memberitahu dewan yang beliau akan mengambil alih tugas Speaker dan beliau adalah Timbalan Speaker DUN Perak

    BalasPadam
  3. Biadap dan memalukan. Itulah yang dapat digambarkan penulis terhadap kesemua ADUN Pembangkang Pakatan Rakyat mengenai sikap dan cara mereka ketika Sidang DUN semalam.

    Tiada lagi rasa hormat terhadap institusi raja negeri Perak apabila Pemangku Sultan Perak terpaksa menunggu hampir 5 jam di kamar diraja sebelum Titah Perasmian Sidang DUN semalam.

    Sikap tidak matang dan kebudak-budakan yang diterjemahkan ADUN Pembangkang melalui tindakan mereka meluru masuk ke dalam dewan untuk menukarkan tempat duduk ADUN Pakatan Rakyat di sebelah kanan Dewan dan mengoyakkan tanda nama ADUN BN + Bebas. Inikah contoh pemimpin yang kononnya telus, adil dan berintegriti??

    Dan sebelum Raja Nazrin memulakan titah ucapan, Nizar dan Ngeh dipanggil mengadap dan selepas itu barulah kesemua ADUN Pembangkang duduk ditempat masing-masing setelah mereka berdiri apabila Raja Nazrin masuk ke dewanl. Ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung. Raja Muda sendiri tidak dihormati sebagai lambang kedaulatan raja di Perak.

    Bukan niat penulis untuk bersikap prejudis mahupun perkauman, tetapi apa yang dapat dilihat semalam beberapa ADUN DAP bersikap kurang ajar dan sombong. Terutamanya YB Siah Leng Peng (bekas EXCO Sukan) dan YB Su Keong Siong (bekas Exco Pengajian Tinggi,Sains, Teknologi & Komunikasi) yang agak keterlaluan sikap mereka. Inilah kononnya barisan ADUN Kerajaan Islam yang di war -warkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

    Sedang penulis membaca akhbar pagi ini, penulis terbaca mengenai ayat ini...Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang juga mendakwa ketika beliau dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dipanggil mengadap Raja Nazrin sebelum memulakan titah, baginda memaklumkan memandang tinggi terhadap kedua-duanya.
    Beliau mendakwa, Raja Nazrin menyatakan mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. "(Oleh itu) Saya akan cuba berjumpa Tuanku dalam tempoh terdekat untuk membubarkan DUN kerana baginda memberi indikasi yang amat baik...hubungan saya dengan Istana amat baik," dakwanya.

    Nizar semakin bongkak, penipu dan sombong. Menjadi kuda atau lembu tunggangan DAP.

    Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Nizar selama beliau menjadi menteri besar. Cuma penyokong yang fanatik dan taksub saja yang mampu mengiyakan dan membenarkan kata-katanya.

    BalasPadam
  4. Pada fahaman saya, segala perkara asas mengenai perundangan sudah di bawa ke mahkamah.

    Sepatutnya sementara menunggu keputusan itu, jalankanlah hari-hari kita seperti biasa.

    Orang-orang dari luar negeri Perak tidak payahlah datang mengganggu dan konon memperjuangkan perkara yang saya tidak pasti adakah mereka faham apa maksudnya kepada orang-orang Perak sendiri. Ini bersangkutan dengan Sultan kami, pemerintahan negeri kami, biarlah kami yang nilai dan buat pertimbangan. Kalau kami nak berbalah biarlah kami anak Perak yang berbalah, siapa lebih hormatkan Sultan; siapa lebih derhaka pada Sultan; siapa lebih berjasa dan sayang pada negeri Perak; siapa lebih matang fikiran dan waras akalnya dan siapa yang hanya sayangkan kuasa dan pangkat dan tidak lagi ingat akan kepentingan rakyat.

    Baliklah, jenguklah anak, isteri, suami, keluarga di rumah. Perjuangkanlah keluarga, didiklah mereka menjadi orang-orang yang baik. Tidak perlulah datang ke Ipoh, Kuala Kangsar, Bukit Gantang buat demonstrasi jalanan. Anak-anak kami mahu ke sekolah, jalan di tutup merata-rata, kawalan polis diketatkan untuk mengawal anda. Kasihanlah kami.

    Baliklah. Minggu ini anak-anak kami ada peperiksaan, berilah mereka peluang untuk belajar dengan aman dan tenang. Perjuangan anak-anak kami dalam pelajaran untuk memartabatkan lagi agama dan bangsa juga jihad yang diredhai Allah SWT.

    Berbalik kepada anak-anak saya, apa yang hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keadilan tidak berlaku adil bukan sahaja kepada diri mereka tetapi menganiaya rakyat dengan tindakan mereka?

    Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan Islam tidak berkelakuan seperti orang Islam yang tinggi akhlak, menghormati orang lain dan penuh adab sopan, tetapi sebaliknya menunjukkan kebiadaban dan kekerasan hati yang tidak waras?

    Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keluhuran undang-undang tidak menghormati undang-undang termasuk asas-asas Perlembagaan di atas mana negeri ini dibina. Parti yang begitu cilik dan bermuka-muka dalam berjuang sehinggakan keputusan Sultan mahupun mahkamah diketepikan apabila ia tidak memihak kepada mereka. Perjuangan jenis apakah ini?

    Bagaimana saya nak jelaskan pada anak saya? Di mana kewarasan akal yang dikurniakan Tuhan? Cerminlah diri. Insaflah. Jangan kerana emosi semuanya digadaikan. Baliklah.

    BalasPadam
  5. KEKECOHAN sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu masih lagi menjadi topik tulisan para penulis blog dan ada di antaranya mengaitkannya dengan demokrasi.

    Seperti dijangka, penulis prokerajaan dan propembangkang akan menulis berdasarkan sudut berbeza berhubung kejadian tersebut.

    Zabidi Noor dalam blog Musli Oli, Konspirasi Politik Melayu (konspirasipolitikmelayu.blogspot.com) pada 7 Mei, mengulas tentang kekecohan sidang DUN Perak tempoh hari dan kaitannya demokrasi.

    Tulis beliau, demokrasi membawa erti pihak majoriti akan memerintah dan di Perak, BN mempunyai 31 kerusi manakala pakatan pembangkang mempunyai 28 kerusi.

    Dengan kelebihan tiga kerusi bermakna BN wajar lebih berkuasa memerintah dan membuat perubahan sepertimana dikehendaki majoriti anggotanya.

    ''Maka logiknya, Sivakumar tidak wajar lagi duduk di kerusi Speaker DUN dan tempat beliau hendaklah digantikan dengan suara majoriti baru.

    "Suara majoriti itu sudah mempunyai calon yang telah ditimbangkan sehalus-halusnya untuk menggantikan tempat Sivakumar yang menunjukkan sikap semakin lama semakin tidak adil semata-mata kerana beliau dari suara pembangkang.

    ''Apabila suara majoriti yang sekarang ini di tangan BN, maka tidak syaklah lagi apa pun kemungkinan, mereka akan memecat Sivakumar dan menggantikan tempatnya dengan R.Ganesan. Bagaimana Ganesan mahu menjalankan tugasnya kalau Sivakumar memakukan diri di kerusi Speaker?'' Katanya, Sivakumar sudah pasti telah diminta oleh rakan-rakan pakatan pembangkang agar jangan berganjak dari kerusi Speaker tersebut dengan apa cara sekalipun dan walau apa pun terjadi.

    ''Apa yang pakatan pembangkang mahukan, pihak berkuasa berkasar dan rakaman itulah yang akan menjadi produk modal mereka mengecam BN.

    "Inilah gambaran yang mahu ditunjukkan kepada rakyat Perak betapa kejamnya cara BN apabila berkuasa," tulisnya.

    Kata beliau, sekiranya kerajaan memerintah tidak serius membendung perkara yang mencemarkan pekerti dalam kandungan demokrasi hari ini, maka ada kemungkinan ia akan merebak ke negeri lain.

    Ustaz Said Beauford (ustazsaid.blogspot. com) pada 9 Mei menulis, walaupun keputusan siapa Menteri Besar akan diputuskan melalui perundangan hari ini (Isnin), namun daripada segi demokrasi jelas Datuk Seri Dr. Zambry Kadir adalah orangnya.

    Katanya, menurut peraturan demokrasi, parti yang memiliki majoriti berhak membentuk kerajaan dan BN yang mempunyai 28 kerusi dengan sokongan tiga kerusi Bebas menjadikan BN mempunyai majoriti mudah serta membolehkan BN membentuk kerajaan di Perak.

    ''Mungkin ada polemik bagaimana BN mendapat sokongan 3 ADUN Bebas. Mungkin perbuatan melompat parti boleh dikatakan tidak bermoral atau apa sahaja tanggapan yang wujud namun selagi ia masih dalam lingkungan Perlembagaan, apa masalahnya? Setakat soal moral, ada banyak lagi yang tidak bermoral terus dipertahankan," tulisnya.

    Jelas beliau, ketidakfahaman ke atas prinsip demokrasi yang diagungkan selama ini, keegoan kerana tidak dapat menerima realiti serta sikap tidak endah terhadap peraturan yang dirasakan tidak memihak kepada mereka, disertai sikap hanya sendiri yang betul, orang lain salah menyebabkan adengan yang tidak ingin kita lihat berlaku di Perak.

    ''Cubalah kita menjadi rasional, mengambil sikap berlapang dada, menghormati aturan yang kita iktiraf sebelum ini. BN ketika tewas dalam pilihan raya kecil ke-12 dan kehilangan kuasa, terkejut tetapi tidak berdiam diri, bangkit menyusun strategi dan terbukti ia berhasil.

    Kamarulzaman Kamdias dalam blognya Kepal Nasi Kepal Beras (kkamdias.blogspot.com) pada 8 Mei menulis tentang sikap sesetengah pihak yang meletakkan seolah-olah kebenaran itu adalah hak cipta pakatan pembangkang semata-mata.

    Katanya, pakatan pembangkanglah parti yang paling demokrasi, paling bermoral, beretika, bersih, berintegriti, paling telus dan layak dipercayai serta paling tinggi pengetahuan dan amalan agamanya.

    ''Pendek kata merekalah pemegang hak cipta atau paten segala nilai-nilai dan peradaban terbaik sebagai seorang manusia atau sebagai seorang pemimpin. Hak cipta rasuah, skandal, penyelewengan, tidak demokratik dan segala yang buruk semua dipatenkan untuk BN dan seisinya.

    ''Kalau ada kalangan mereka yang rasuah, itu angkara perancangan jahat BN. Kalau ada kalangan mereka yang beraksi bogel, itu disebabkan BN yang mengganggu kehidupan privasi mereka. Kalau ada kalangan mereka yang melanggar undang-undang negara, itu juga kerana BN memaksa mereka berbuat begitu," tulisnya.

    Kata beliau, andai mereka bertindak di luar batasan demokrasi, ia juga adalah disebabkan BN yang membuatkan mereka jadi begitu dan jika mereka ingkar keputusan mahkamah, BN-lah yang menyebabkan mereka berbuat demikian.

    ''Sebarang kesalahan dan pelanggaran daripada pihak BN, itu memang betul. Memang perangai BN macam tu. Sebarang kebaikan yang dilakukan BN, awas! itu ada udang sebalik batu.

    ''Alangkah beruntungnya kita kalau dapat jadi seperti mereka. Sebiji macam kehidupan haiwan di rimba. Undang-undang semua di tangan sendiri, bebas semahu-mahunya," tulis beliau.

    Mokhtar Petah (mokhtarpetah.blogspot.com) dalam tulisannya bertajuk Berdosakah Orang Melayu? pada 10 Mei menyatakan, orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani jika mereka mempunyai kuasa Melayu.

    Katanya, bagaimanapun kuasa Melayu tidak akan diperoleh selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam al-Quran, iaitu bersatu-padu di bawah kalimah Allah.

    ''Orang Melayu boleh bersatu-padu jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan Pas (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan dan sama-sama berpegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

    ''Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu-padu dan mendapat kembali kuasa Melayu, maka UMNO dan Pas hendaklah membuang apa yang keruh dan mengambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang," tulisnya.

    Katanya, beliau yakin jika orang Melayu tidak bersatu-padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi bangsa Melayu akan hilang kerana corak politik yang berbeza.

    BalasPadam
  6. Sehingga hari ini, nampaknya kekecohan di DUN Perak tidak akan berakhir. Ini kerana V. Sivakumar masih mengaku dirinya sebagai Speaker. Khabarnya, beliau akan memasuki pejabatnya seperti biasa hari ini. Di manakah 'pejabat' itu? Sekalipun mahkamah sudah membuat keputusan mengenai kedudukan Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tetapi keputusan itu ditolak. Entah undang-undang mana boleh dipakai dan mahkamah mana pula yang boleh diiktiraf.

    Betullah kata seorang sahabat dari Perak. Dalam politik ada dua puak - satu puak yang sentiasa mengaku merekalah benar, betul, jujur, bersih, ikhlas, tidak rasuah, bermoral baik, golongan bijak pandai dan macam-macam lagi, sementara satu puak lagi sentiasa silap!

    Golongan ini kalau undang-undang memihak kepada mereka, maka betullah institusi itu, tetapi jika tidak, faham-faham sajalah.

    Dalam hal ini, penulis teringat titah ucapan Sultan Azlah Shah pada 19 April lalu sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-81.

    Titah baginda: ''Raja dan takhta sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat secara terbuka memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan. Perbuatan-perbuatan kumpulan tertentu menyalakan api dalam sekam ini amatlah berbahaya dan boleh memusnah dan menghancurkan negara.

    ''Betapa perebutan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara; betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan; betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa.

    ''Pada hemat beta, rakyat negara ini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa''.

    Berbalik ke DUN Perak berikutan kekecohan yang ditimbulkan anggota pembangkang, nampaknya krisis politik di negeri itu tidak akan berakhir. Pembangkang enggan mengalah. Apakah BN yang perlu mengalah?

    Berdasarkan matematik, budak- budak tadika atau tabika boleh memberi jawapan 28 + 3 > 31 berbanding > 15 + 7 + 6 > 28, melainkan sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari ini. Antara 31 dan 28, angka mana yang lebih besar?

    7 Mei juga sudah pasti akan diingati sebagai episod yang amat memalukan bagi sebuah negara yang kaya dengan budaya ketimuran dan mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

    Jika dibaca daripada apa yang ditulis di dalam blog, nyatalah betapa kemaruknya pembangkang untuk terus berkuasa di Perak. Tiada lagi kemuliaan Dewan. DUN Perak bagaikan sarkas, umpama lokasi yang ditawan dan di dalamnya ada tebusan yang hanya boleh dibebaskan jika tuntutan dipenuhi.

    Lebih mendukacitakan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah dibiarkan menunggu begitu lama di Kamar Diraja untuk merasmikan persidangan DUN itu. Alangkah pedih dan sedihnya melihat seorang ketua negeri dibiarkan menanti begitu lama untuk menyempurnakan majlis. Di manakah rasa hormat terhadap raja kita?

    Dalam konteks ini, penulis ingin menyelak semula titah ucapan Raja Nazrin pada 19 April lalu yang menyentuh mengenai raja Melayu bukan sekadar simbol. Selakan ini sekadar untuk mengingatkan mereka yang mungkin tidak membaca (buta) titah ucapan itu atau pura-pura tuli (pekak) sehingga tidak mendengar apa yang diucapkan.

    Titah Raja Nazrin: ''Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda reda untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyinsing; kerana hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita''.

    Pembangkang harus menerima hakikat bagaimana BN telah menerimanya pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Walaupun ketika itu, BN mempunyai 28 kerusi berbanding DAP (16), PKR (9), Pas (6) yang tidak bergabung secara rasmi tetapi Sultan Perak melantik MB daripada kalangan gabungan tidak rasmi parti pembangkang itu.

    Dan keadaan itu kembali berulang apabila BN kekal 28 kerusi dan pembangkang 28. Tiga ADUN lagi (2 PKR, 1 DAP) mengisytiharkan sebagai wakil Bebas yang menyokong BN. Maknanya BN 28 + 3 manakala pembangkang 28. Inilah matematik mudah yang harus diakui pembangkang. Tetapi helah akan terus dicari untuk menegakkan 'benang yang basah'.

    BalasPadam
  7. NAMPAKNYA MAHKAMAH TINGGI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA dATO NIZAR SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YG SAH....JADI JGN DIPERGOLAKAN LAGI PASAL PERSIDANGAN YG KECOH ITU...

    SELEPAS INI...DATO NIZAR BOLEH LAH BUAT SIDANG DUN SEMULA...DAN BARULAH BOLEH BUAT USUL UNDI TAK PERCAYA YG BETUL2 DI BUAT DI DEWAN PERSIDANGAN SEBAGAIMANA YG MAHKAMAH PUTUSKAN...

    mAHKAMAH TINGGI JUGA TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PENGGANTUNGAN DATO ZAMRI DAN ENAM ORG WAKIL RAKYAT LAGI ADALAH TIDAK SAH...MAKA MEREKA LAYAK UTK MENGUNDI TERHADAP USUL UNDI TIDAK PERCAYA....

    MAKANYA SUDAH TENTULAHLAH 31 BERBALAS 28 JUGA.... SO ADAKAH DATO NIZAR AKAN TEWAS SEMULA DAN TIDAK BOLEH JADI MENTERI BESAR.... SUKAR SUNGGUH UNTUK MENTAFSIR POLITIK PERAK INI....

    MUNGKIN DLM TAHUN INI AKAN SENTIASA BERTUKAR MENTERI BESAR.... MULA2 pkr,BN, PKR DAN BN BALIK...

    ATAUPUN SULTAN AKAN MEMBUBARKAN DUN DLM MASA TERDEKAT INI....

    BalasPadam