Isnin, 11 Mei 2009

MENTERI BESAR PERAK YG SAH

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan...so macam mana...nampaknya kemenangan berpihak pada pakatan...so barisan macam mana..dlm sidang DUN barisan mengheret Speaker pakatan keluar...apa makna...lagi pening kepala aku...Dlm SIDANG tu dah pun seolah-olah Barisan memerintah sebab macam ada kuasa jer nak buat macam2..pandai2 ganti speaker...angkat sumpah pun tak depan Sultan...
So now......LU PIKIR LA SENDIRI...

Dalam Astro Awani hari ada wakil UMNO jadi panel..bila ditanya apa jadi dengan keputusan menteri Besar pada 11hb mei ini.....dia kata..UMNO akan bersedia terima sebarang keputusan dan UMNO selama ini sentiasa mghormati keputusan mahkamah ...
So aku harap UMNO terima jer....

apa pandangan anda semua ..apa jadi PERAK SELEPAS INI.......MARI LA SAMA-SAMA KITA BAGI PANDANGAN......

12 ulasan:

  1. islam is evil.
    The Best mohammed t-shirt art is from Sweden.
    Watch and read the info at,
    http://www.mohammedt-shirt.com

    BalasPadam
  2. Yang pasti keputusan mahkamah yang memutusakan Datuk Seri Nizar masih menjadi menteri besar Perak itu adalah kemenangan mahkamah. Datuk Zambry sendiri pun ‘menerima’ dengan fikiran terbuka, sekalipun rayuan akan dikemukakan.

    Krisis politik siapa berkuasa di Perak akan berterusan.

    Bubarkanlah DUN Perak. Kembalilah kepada pengundi.

    Biarlah pengundi menentukan siapa yang mereka mahu.

    Sama pentingnya juga, berilah peluang kepada pengundi menghukum wakil mereka yang melompat. Mereka diundi atas kepercayaan pengundi, dan kemudian mengkhianati kepercayaan pengundinya.

    Biarlah juga amalan memujuk, membeli, menculik wakil raykat tidak berlaku lagi. Biar siapa melakukannya. Itu bukan cara yang betul.

    Tetapi jika sultan tidak merestui Dun dibubar... Menteri Besar akan kembali lah ke BN nampak gayanya...sebab undi tak percaya sudah semestinya pakatan akan tewas....

    keputusan mahkamah mmg adil kerana semua sudut teknikal pun dia lihat...hanya tempat sahaja yg menyebabkan bn kalah...iaitu tidak di buat didewan persidangan. Sultan hanya memanggil ke istana sahaja..untuk undi tidak percaya...semua ini adalah teknikal sahaja...

    BalasPadam
  3. Terdapat suatu lagi keraguan. Jika YB Nizar mengatakan bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah dan yakin masih mempunyai majoriti dalam DUN negeri, mengapa beliau mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN seolah-olah beliau sudah hilang kepercayaan majoriti? Ini boleh dikatakan bahawa YB Nizar percaya beliau sudah tidak lagi Menteri Besar yang disokong majoriti ahli DUN dan oleh kerana itu amat penting buatnya untuk mengadakan pilihan raya baru untuk memberi Rakyat Perak membuat keputusan.

    Saya berharap Baginda Sultan dapat menempuhi saat ini dengan lebih tabah. Baginda juga harus memikirkan perasaan dan kehendak Rakyat yang bernaung dibawah baginda. Jika baginda masih yakin bahawa kerajaan Dr.Zambry masih sah, maka baginda boleh menolak permintaan YB Nizar sekali lagi untuk membubarkan sidang Dewan DUN. Tetapi jika Baginda mahu menamatkan konflik ini dengan segera, maka Baginda boleh lah membubarkan sidang DUN. Ia adalah kuasa mutlak Baginda sultan yang termaktub dibawah artikel 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan dan kami rakyat jelata menerima apa jua keputusan yang akan Baginda lakukan. Daulat Tuanku! – SIDDIQ AZANI,
    FAKULTI UNDANG-UNDANG UiTM MALAYSIA

    BalasPadam
  4. BN akan merayu terhadap keputusan mahkamah berhubung kes Menteri Besar Perak.

    Tak apalah, membuat rayuan itu merupakan hak untuk pihak yang kalah.

    Tetapi dalam dok sibuk nak merayu itu ada baiknya BN bersedia untuk menghadapi pilihan raya Dewan Undangan negeri itu.

    Suka tak suka pun kita harus mengaku, dalam keadaan sekarang pilihan raya sahajalah jalan terbaik untuk keluar daripada isu yang entah apa-apa ini.

    La ni Nizar menang kes dan sah jadi MB. Sedikit sebanyak ia mengundang rasa tak puas hati di pihak BN.

    Kalau nanti BN merayu dan ditakdirkan menang, adakah penyokong-penyokong pembangkang akan menerima keputusan itu dengan lapang dada?

    Tentu saja tidak.

    Jadi tak payahlah buang masa berhujah dan berbahas lagi tentang isu ini. Bersedia sajalah untuk menghadapi rakyat. Habis cerita.

    Nizar telah pun membuktikan semangat juangnya yang luar biasa, tetapi Datuk Seri Dr Zambry belum betul-betul teruji. Sekarang eloklah beri peluang kepadanya membuktikan keupayaan. Lagi pun dia kan baru saja dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Inilah masanya untuk Zambry buktikan dia benar-benar layak dan berupaya menduduki kerusi itu.

    BalasPadam
  5. Adakah PR boleh menerima kenyataan dan bersopan sekiranya Rayuan BN dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan atau boleh menutup mulut mereka daripada berkata Sistem Kehakiman kita adalah korup apabila keputusan tidak menyebelahi mereka??!! Jawapannya: Negatif!!

    BalasPadam
  6. Walau pun Nizar merupakan ahli Parti Islam Se Malaysia (PAS), perangai bongkaknya lebih mirip kepada DAP dan PKR.

    Beliau juga suka membuat interpretasi sendiri ke atas apa-apa juga yang berlaku di sekeliling beliau, walau pun benda yang sama berlaku di hadapan mata orang ramai.

    Terbaru, beliau menyatakan bahawa hubungan beliau dengan Raja Nazrin, Pemangku Raja Perak, adalah amat rapat (intimate). Nizar juga menyatakan bahawa Raja Nazrin telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam hal ehwal negeri Perak.

    Nizar juga menggap bahawa Raja Nazrin “tidak suka” dengan Zambry. Menurut Nizar, itu terbukti kerana Raja Nazrin tidak berkata apa-apa dengan Zambry dan Zambry merupakan orang yang terakhir di salam oleh Raja Nazrin pada akhir istiadat pembukaan DUN Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu.

    Nizar juga berbangga kerana beliau merupakan orang yang mengiring keluar Raja Nazrin selepas selesai istiadat tersebut.

    Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membubarkan DUN Perak dan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri nanti, Sultan Perak tidak akan melantik semula Nizar sebagai Menteri Besar. Itulah yang sepaptutnya berlaku. - kredit jurublog

    BalasPadam
  7. 1. Keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak harus dihormati. Sama seperti kita juga berharap mereka yang bersorak-sorai atas keputusan mahkamah ini menerima juga keputusan lain walaupun tidak selari dengan kepentingan mereka.

    2. Apakah erti keputusan ini? Keputusan Mahkamah ini menunjukkan hanya ada tiga cara untuk seseorang Menteri Besar hilang jawatan iaitu sama ada:

    a. Beliau meletak jawatan
    b. Dewan Undangan Negeri Dibubarkan
    c. Undi Tidak percaya dalam Sidang DUN.

    [Sungguhpun begitu ini bukanlah tafsiran muktamad kerana keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.]

    3. Oleh kerana Nizar tidak mahu meletak jawatan dan Tuanku Sultan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, maka kaedah yang terbaik ialah menerusi Usul Undi Tidak Percaya atau Usul Undi Kepercayaan terhadap Menteri Besar.

    4. Saya pasti ini juga tidak akan dibuat oleh Pakatan Rakyat kerana mereka hampir pasti akan kalah. Sebab itu Nizar berjumpa Tuanku dengan segera setelah mendapat khabar beliau hilang sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri untuk membubarkan DUN.

    5. Secara peribadi saya berpendapat Tuanku Sultan Perak bertindak betul dengan menukar Menteri Besar Perak kepada seseorang yang baginda percaya mendapat sokongan majoriti. Ini kerana adalah tugas Tuanku Sultan memperkenankan pelantikan Menteri Besar yang beliau percaya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

    6. Ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menyoal semangat demokrasi yang kononnya dimusnahkan oleh Barisan Nasional di Perak.

    7. Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.

    8. Secara semangat demokrasinya dan juga semangat undang-undang tubuh negeri, jika permohonan membubarkan DUN tidak diperkenan oleh Tuanku, maka Menteri Besar dan para EXCOnya sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Ini tidak berlaku walaupun Tuanku mempunyai justifikasi yang sangat jelas mengapa baginda enggan membubarkan DUN.

    9. Tempoh pilihan raya yang berlaku tidak sampai separuh penggal menyebabkan Tuanku Sultan enggan membubarkan DUN. Apatah lagi jika diadakan pilihan raya lagi pun, apakah politik akan stabil atau terus berkocak jika keadaan masih sama dengan mana-mana parti mendapat lebihan dua atau tiga kerusi.

    10. Dengan kata lain, Baginda mungkin melihat satu lagi pilihan raya baru belum tentu menjanjikan kestabilan politik di Perak jika keputusannya lebih kurang sahaja.

    11. Janganlah kita bicarakan soal semangat demokrasi dalam krisis di Perak untuk menyalahkan Tuanku Sultan Perak atau Barisan Nasional. Semangat demokrasi telah dimusnahkan lebih awal dengan keengganan Menteri Besar yang telah menjadi pihak minoriti di DUN Perak untuk melepaskan jawatannya.

    12. Kita boleh berbicara soal memberi peluang rakyat menentukannya semula namun hakikat yang pasti ialah kedudukan Menteri Besar ditentukan oleh sokongan majoriti ADUN, bukannya melalui pilihan raya umum atau pengutan suara. Ini merupakan sistem asas dalam pilihan raya perwakilan di Malaysia dan juga England serta beberapa buah negara bekas jajahan Inggeris yang lain.

    13. Justeru adalah wajar jika Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan mengadakan undi menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti. Namun ini tidak mungkin berlaku dalam keadaan semangat demokrasi manusia-manusia budiman (gentleman).

    14. Ketika Tuanku melantik Datuk Seri Dr. Zambry sebagai Menteri Besar kerana beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Perak, Baginda tentu tidak menyangka tafsiran undang-undangnya difahami berbeza oleh hakim lain.

    15. Tuanku bertindak secara "in good faith" mengikut Undang-undang Tubuh Perak seperti mana beliau melantik Nizar pada 2008 sungguhpun BN merupakan parti yang menang kerusi terbanyak. Baginda tetap memberi kedudukan Menteri Besar kepada orang yang dipercayainya mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.

    16. Namun apabila Speaker DUN Perak yang lama dengan pantas menghadapkan Dr. Zambry serta enam EXCO BN sebagai menghina DUN Perak kerana menerima perlantikan Tuanku Sultan Perak, apakah motif tindakannya itu? Menurut laporan


    "Kesemua tujuh Adun BN itu ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi."


    17. Bolehkah mereka yang hadir apa sahaja acara Tuanku Sultan Perak yang kedudukan baginda lebih atas daripada DUN Perak dalam Undang-undang Tubuh Negeri dianggap menghina DUN? Logik akal tentulah tidak ada, yang ada hanyalah logik nafsu.

    18. Kerana kerakusan kuasa dan tiadanya semangat demokrasi, maka pendakwaan ini boleh dibuat dan keputusan juga dibuat oleh pihak yang sama. Tujuannya hanyalah untuk menghalang suara majoriti menguasai DUN Perak. Sekali lagi kita tertanya-tanya siapakah yang tiada semangat demokrasi dan menghormati Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

    19. Demokrasi perlukan pematuhan kepada undang-undang dan juga sikap yang "gentleman" bukannya bertindak yang bukan-bukan untuk membolehkan pihak minoriti terus berkuasa.

    20. Jika benar mahu bicara soal demokrasi dalam isu ini, panggil sahaja semua ADUN ke DUN Perak. Jangan gantung atau halang walau seorang pun daripada menghadirinya. Namun ini pasti tidak berlaku kerana ada pihak tidak bersedia hilang kuasa.

    21. Untuk menyelesaikan masalah ini hanya ada dua pilihan lagi iaitu sama ada mengadakan Sidang Tergempar DUN atau mengadakan pilihan raya umum negeri.

    22. Mengadakan sidang tergempar DUN boleh menimbulkan masalah undang-undang yang baru. BN mendakwa penyingkiran Speaker Perak, YB Sivakumar dibuat berasaskan peraturan sedia ada iaitu dengan memberi notis 14 hari sebelum sidang DUN adalah sah. Malah tiada peruntukan yang membenarkan speaker menolak usul yang dibuat dengan notis 14 hari sebelum persidangan. Peruntukan kuasa speaker yang jelas dalam menolak usul ialah usul tergempar. Iaitu usul tergempar boleh ditolak atau diterima oleh Speaker berdasarkan meritnya kepada kepentingan awam.

    23. Sivakumar sebagai pihak yang terbabit dalam usul tersebut juga tentu tidak layak membuat sebarang keputusan menolak atau menerimanya. Justeru tindakan Timbalan Speaker mengambil alih sesi usul tersebut adalah sah.

    24. Manakala Pakatan Rakyat pula mendakwa penyingkiran tersebut tidak sah kerana beliau telah menolak usul undi tidak percaya terhadapnya sungguhpun jelas usul tersebut mematuhi semua peraturan. Dakwa mereka Speaker mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak apa sahaja usul yang dibawa ke Dewan.

    25. Pilihan ini tentulah akan membawa kepada satu lagi perdebatan undang-undang mengenai tafsiran Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh negeri. Ia mungkin baik pada masa hadapan kerana ia akan memberi satu lagi panduan dan duluan dalam mentafsir fasal-fasal Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang kabur.

    26. Pilihan kedua ialah mengadakan satu pilihan raya umum negeri yang baru. Sungguhpun ia lebih cepat dan mungkin memuaskan hati pihak yang kehilangan kuasa namun belum tentu menyelesaikan masalah. Malah saya khuatir akan berlaku lebih banyak ketegangan dan ketidakstabilan politik sepanjang kempen dan juga apabila keputusan diumumkan.

    27. Buat masa ini saya lebih cenderung menyokong diadakan sidang DUN tergempar kerana ia lebih membabitkan pertikaian undang-undang berbanding mengadakan pilihan raya yang mungkin mencetuskan satu krisis keselamatan di Perak.

    28. Saya simpati dengan DYMM Tuanku Sultan Perak yang berada dalam keadaan ditelan mangkat bonda, diluah mangkat ayahanda. Baginda hanya cuba menjaga keamanan negerinya. Janganlah ketika Baginda melantik kita maka segalanya baik tetapi bila baginda melantik orang lain maka kita sanggup mencercanya. Baginda hanya menggunakan kuasanya mengikut tafsiran undang-undang sedia ada. Sama ada tepat atau tidak tafsirannya kita mempunyai Mahkamah yang menentukan.

    BalasPadam
  8. SAYA sengaja memetik puisi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tajuk tulisan saya hari ini.

    Ia amat bersesuaian dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam dan halatuju seterusnya bagi Barisan Nasional. Walaupun keputusan perundangan tidak memihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, ia tidak bererti perjuangan untuk Barisan Nasional telah berakhir.

    Pakatan Pembangkang mungkin memenangi satu pertempuran tetapi ini tidak bermakna mereka telah memenangi seluruh peperangan.

    Apapun yang diputuskan oleh Mahkamah tidak akan dapat menolak hakikat bahawa Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan undangan Negeri.

    Dato Seri Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar “minoriti” kerana PAS hanya ada enam kerusi. Jika dicampur dengan DAP dan PKR, pakatan pembangkang hanya menguasai 28 kerusi berbanding dengan Barisan Nasional yang mempunyai 28 campur 3.

    Tanyalah sesiapapun, termasuk anak-anak di sekolah rendah 31 tetap adalah lebih besar dari 28.

    Prinsip asas demokrasi menyebut “majoriti akan menguasai kerajaan”. Pakatan pembangkang boleh bermegah dengan kedudukan mereka buat masa ini. Mereka boleh membuat tanggapan umum bagi memastikan penyokong mereka mempercayai bahawa pakatan pembangkang adalah kerajaan.

    Tetapi mereka lupa, kebatilan tidak akan mampu mengatasi kebenaran. Mereka juga lupa jika mereka adalah minoriti bermakna pakatan pembangkang tidak mendapat keizinan rakyat yang sah untuk memerintah.

    Jonathan Swift menulis : Atas sebab apapun, semua kerajaan yang memerintah tanpa keizinan sah oleh yang diperintah adalah satu definisi untuk perhambaan. (For in reason, all government without the consent of the governed is the very definition of slavery)

    Secara jujur saya katakan, ramai yang beranggapan selepas 7 Mei, keadaan Kerajaan Negeri akan stabil dan Dr Zambry serta rakan-rakannya akan dapat memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan. Namun anggapan ini meleset.

    Kini kita diperombakkan semula dengan agenda politik. Ianya tidak akan berakhir selagi kekejaman minoriti (tyranny of the minority) tidak dihentikan.

    BalasPadam
  9. Pagi nanti difahamkan Nizar akan menghadap Raja Nazrin untuk memaklumkan bahawa beliau kini MB Perak dan khabarnya meminta perkenan Raja Muda untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri.

    Ini kerana Nizar tidak mungkin dapat memerintah negeri Perak dengan selesa memandangkan PR telah kehilangan majoriti di Perak dan sudah pasti segala cadangan yang dibuat tidak akan memperoleh keputusan majoriti.

    Mungkin mereka yang propembangkang akan menyatakan perkara tersebut mudah diselesaikan memandangkan Sivakumar telah menggantung ketujuh2 ADUN BN dari menghadiri sidang DUN dan menganggap 3 ADUN Bebas telah meletakkan jawatan.

    Namun harus diingat pengesahan penggantungan 7 ADUN BN tersebut masih boleh dipertikaikan memandangkan keputusan sidang DUN bawah pokok tidak memperoleh keputusan majoriti dan status kesahannya juga boleh dipersoalkan.

    Manakala bagi 3 ADUN Bebas itu pula, mahkamah telah memutuskan bahawa mereka masih sah sebagai wakil rakyat dan peletakan jawatan yang dibuat oleh PKR tidak sah.

    Jadi, jika Nizar tidak membubarkan DUN beliau akan berhadapan dengan kemelut untuk mentadbir negeri dan perkara itu akan berterusan sehinggalah PRU-13 nanti.

    BalasPadam
  10. Salam dan tahniah blogger ucapkan kepada pakatan rakyat yang mahkamah telah membuat keputusan bahawa kerusi Mb hak mereka. Blogger rasa sangat gembira dengan keputusan tersebut kerana beberapa perkara.

    1. Ini menunjukkan keadilan sistem mahkamah di negara kita. Pembangkang sering melaung-laungkan ketidak adilan mahkamah. Kini mahkamah memberikan kemenangan kepada mereka bukan sekadar kemenangan tapi juga hak memerintah. Ulasan Dato Seri Dr Zambry cukup melambangkan seorang yang berjiwa besar. Beliau cukup tenang dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Begitu juga Dato Najib yang tenang membicarakan hal ini. Blogger tidak pasti apa yang akan keluar dari mulut puak-puak pembangkang terutamanya Namrud seandainya keputusan semalam tidak memihak kepada mereka, Sudah tentulah berkumanang di setiap inci bumi bertuah ini dicanangkan tentang ketidak adilan sistem perundangan negara.

    2. Seandainya PR meerima keputusan ini dengan gembira, mereka juga harus menerima keputusan mahkamah yang mengstiharkan pengantungan oleh Sivakumar terhadap Zambry dan exco juga tidak sah.

    3. Seandainya PR boleh menerima kenyataan ini, mereka juga harus menerima kenyataan dan keputusan mahkamah yang menyatakan bahawa ketiga-tiga adun bebas masih kekal sebagai ADUN Perak.

    4. Justeru itu sidang Dun akan dipanggil semula dan undi tidak percaya akan dilakukan terhadap Nizar sebagai Menteri Besar. Ketika ini dan hari-hari mendatang Pakatan Rakyat tidak akan ada isu lagi untuk menarik simpati rakyat kononnya mereka teraniaya dan masih kerajaan yang sah. Ini kerana mereka jatuh apabila di undi di dalam DUN.

    5. Ketenangan pemimpin dan penyokong BN di Perak tentulah cukup dihormati. Tiada terdengar himpunan membantah keputusan mahkamah akan dianjurkan. Hal ini mungkin tidak seperti yang diharapkan pembangkang. Mereka berharap BN akan memberontak dan mempersoalkan keputusan mahkamah. Ini jelas satu lagi millage politik kepada BN

    6. Sudah tentulah ini akan memeningkan brother Anwar yang siang-siang lagi berkokok mempersoalkan segala keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya. Seandainya semua pihak boleh menerima keputusan mahkamah, maka rakyat juga akan menerima keputusan mahkamah terhadap kes liwat beliau. Seandainya bersalah, Sg Buloh akan menerima kembali bekas penghuninya itu.

    BalasPadam
  11. Selama ini kita dimomokkan dengan tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir rakyat bahawa mahkamah kita tidak boleh dipercayai. Malah, wujud persepsi mahkamah kita adalah perkakas BN.





    Komen seorang pengunjung ini mungkin di antara segelintir rakyat itu:

    Anonymous said: Salam,

    Kalau dah mencuri tetap salah. Usah digusar keputusan pada hari Isnin, ia tetap berpihak pada BN, mahkamah dan seluruh jentera kerajaan milik BN!

    tAHNIAH BUAT PENCURI

    May 10, 2009 6:49 PM


    Secara peribadi, saya sendiri pernah berbual dan mendengar kenyataan seorang daripada rakyat Malaysia, yang jelas tidak percaya dengan mahkamah. Apalagi dalam soal politik, hakim ditohmah 'takut' membuat keputusan yang tidak memihak kepada BN.





    Khusus untuk kes Perak, seorang rakyat hairan bagaimana mahkamah lebih cepat membuat keputusan apabila ia menyebelahi BN. Lantaran itu, kesimpulan dibuat mahkamah memang tidak menyebelahi pembangkang.





    Hari ini, mahkamah membuktikan dengan jelas, terang dan berani - mahkamah memang satu badan bebas. Tidak takut membuat keputusan, tanpa mengira ia memihak sesiapa. Ya, mahkamah sudah 'berdiri' menunjukkan kebebasannya, mengiktiraf Nizar MB Perak yang sah!





    Mahkamah sudah memberikan jawapan terhadap persoalan siapa MB yang sah, persoalan yang menjadi polemik berpanjangan selama ini. Cuma mungkin satu sahaja soalan yang belum terjawab oleh keputusan mahkamah hari ini.





    Adakah mulut segelintir rakyat Malaysia yang memandang serong keputusan mahkamah selama ini mampu ditutup esok?

    BalasPadam
  12. Salam kpd semua.. Jangan gaduh2 tentang DUN Perak ini.. Jom lawati....

    BalasPadam